Friday 20 April 2012

pelik kan...

aku pelik dengan manusia sekarang.
aku pun tak tahu lah nak cakap apa.
aku hanya diamkan diri sahaja dan tidak
berkata apa-apa. "no comment"
tapi kan kita tak boleh jugak salahkan sebelah pihak jer.
kedua-duanya ada salahnya jugak.
fikir-fikirkan lah sendiri.

sikap yang mementingkan diri sendiri pula.
entah lah, nak buat macam mana kan.
terima dengan seadanya.
aku berharap aku akan bersabar menghadapi
apa saja karenah manusia di muka bumi allah ini.

result sem 2

akhirnya....aku dapat juga result aku untuk sem 2.
apa-apa pun alhamdulillah.aku sangat-sangat bersyukur dengan
keputusan yang telah aku dapat ini.
dengan usaha aku...aku dapat menaikkan pointer aku.
lepas nie aku akan cuba dan cuba lagi untuk sentiasa menaikkan
pointer aku di setiap sem.
tapi rasa macam tak percaya pun ada dengan subjek yang paling aku risaukan
iaitu bahasa inggeris.huhu.
alhamdulillah aku telah dapat B- (2.67)
walaupun subjek ini yang paling rendah dari subjek lain.
tapi aku tetap bersyukur dengan kesungguhan aku.
ini adalah peningkatan yang sangat-sangat ketara.
sebabnya aku tak pernah dapat keputusan untuk subjek BI macam nie,
selalunya tak pernah nak lulus.terima kasih ya allah.