Saturday 15 September 2012

ahh..tension.

tension nya aku...
tension aku duk baca nota kesusasteraan kanak-kanak nie...
serabut...serabut....
huh! makin susah aku belajar...

ya allah kuatkan semangat aku
utk teruskan belajar....
jangan putus asa mieja...
minggu depan dah start final exam!
usaha itu tangga kejayaan!

Friday 14 September 2012

masalah paling berat.

'~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~'

aku sedih...

aku tahu keluargaku tak berapa suka dgn org kelantan.

apa perlu aku buat ya allah...

aku sayangkan dia.

yer aku tahu kalau ada jodoh insyallah tak ke mana...

situasi dia yg sekarang mungkin ramai yg fikir dia tdk akan dpt untuk
membahagiakan seseorg dgn sempurna.

tapi aku sedih....aku dah banyak kali aku ckp dgn dia. tapi dia tak faham
apa yang aku maksudkan..

aku nak ckp terang-terang takut dia terasa hati dgn kata2 aku...
aku sebak memikirkan hal ini.

aku sayangkan dia dan keluarga aku.

adakah disebabkan dgn masalah semua ini antara aku dan dia akan
ada penghalang di antara keluarga masing-masing.

sekarang ini pun masih ada tanda-tanda kecil bahawa keluarga pihak dia
yang tak sukakan aku.

ya allah, tabahkanlah hati aku utk melalui semua ini.
aku ingin bahagia seperti org lain juga,,,iaitu dgn pilihan aku sendiri.

'~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~' '~'



Thursday 26 July 2012

semangat makin hilang

sekarang aku sudah masuk sem 3.
dulu aku bersemangat utk belajar.
tapi kenapa sekarang dah lain.
semalam aku exam BI..
hmm...aku menangis lagi.
macam mana kalau kali ni aku gagal.
ya allah aku takut sangat.
sekarang nie banyak sangat dugaan yang aku kena hadapi.
tapi aku mintak sangat dugaan yang satu nie jgn sampai buat aku gagal.
ya allah apa perlu aku buat utk tidak gagal.
aku dah cuba tapi mcm tuh jugak.
aku sangat lemah...
aku menyesal sambung belajar.
aku dah tahu aku tak pandai tapi kenapa aku belajar jugak.

Saturday 26 May 2012

dugaan datang melanda.

ya allah dugaan apa pula yg kau berikan pada aku dan kawan2 ku yg lain ya allah.
pertama sekali...

sahabat ku mengadu pada ku yg dia dah berpisah dgn org yg tersygnya...
dye menangis sampai tak boleh nak bernafas...
aku fikir positif sebab aku pun pernah menangis sampai tak boleh nak bernafas...

yang kedua....
masa bufday aku... aku, fariq, anis, eta n ika sambut kat popeye s.pyramyd.
aku dan anis bergurau pada eta...mknn dlm pinggn dye bnyk sgt..
so aku suruh dye habiskan sebab bdn dye terlalu kurus sgt.
lepas tuh dye menangis dan terasa hati...dia kata aku dan anis tak faham perasaan dye.
dia juga berkata kalau mak dia ada, mak dia akan back-up dye....
aku faham eta....tapi aku fikir org kurus memg klo da mkn bnyk pun tetap xakn naik bdnnya...
sesetngah ad org mcm tuh...aku xfikir lansung eta ada saket kew ape kn...
tapi aku tak pasti sume tuh...

yang ke3...
mse aku, fariq n eta tgh tggu bas fariq nk blk jb.
eta g tao ak ngn fariq....dye kata sbelom dye umo 24 dye nk kte sume g bercuti dgn dye...
aku pelik...knape dye ckp cm tuh...aku da mula fikirkan bkn2...ya allah...
kenapa dgn sume ini ya allah...apa yg telah terjadi...
selepas ibu ku yg tersyg pergi...jgn lah kau ambil pula sahabatku...
aku tak snaggup ada apa2 yg berlaku pada org yg aku sayangi....

yg ke4...
tadi mse nk g bufday ank amy...eta tbe2 ckp dye kuar ngn doktor ksihatan dye...
aku mula fikir ke lain...sume yg aku fikirkan slame nie terkumpul dlm fikiran aku...
ya allah...apakah semua ini ya allah...
aku terus fikir positif...jgn fikir bkn2....

anis....amy....
apakah kita akan kehilangan sahabat kita yg slme nie kita harunginya bersama...
aku tak sanggup nk lalui kehidupan ini tanpa korng sume...
aku terlalu sygkn korang sume....

Sunday 20 May 2012

19 mei 2012 - my bufday at lagoon

waaaahhhhhhh.....seronok n best gle.
wlaupun terlalu pnat tpy aty sgt gumbira bersama yg tersyg.hihi.
with my pariq, my anis, my tata n bdx katak (adk angkat eta).haha.
kelakar tao p sne...sok btoi.dpt maen bnyk game kt sne.
setelah 20 taon ak bru dpt msok sunway lagoon.hahahaha.
funny gle.hihihi.ape bole wt kn.ak nie memg slalu ktinggalan zaman.hihi.
tdy anta my pariq kt sek.17...sdey.xabes2 asyk kne berpisah jer.
ble ak bole slalu dkat ngn dye.ak nk slalu jmpe ngn my pariq.
ak da rndu dye nie.rse cm lain sgt2 tdy my pariq xad kt sbelah.

ak xad mood lar nk update blog sbenarnya.
ad bnyk ag nk story.tpy ngh xad mood.
sbbnye...rse letih n ngntok mseh xilang ag.
xper lar...insyallah nty ad mse update ag...
daaaaaa.......assalamualaikum!

Thursday 17 May 2012

pasrah jer ler...

tadi aku jawab exam utk subjek pendidikan prasekolah dan 
kanak-kanak istimewa.
ya allah susahnya...aku tak tau nak gambarkan macam mana.
tapi memang susah sangat2.
macam man lah result aku nanti.
tapi yg pastinya aku punya result bakal turun prestasinya.
ya allah aku takut utk menghadapi kegagalan skali lagi.
kenapa kegagalan tuh mesti berlaku lagi dlm idup aku.
aku dah cuba yg terbaik sebaik mungkin.
tapi...makin hari aku semakin tak boleh nak teruskannya.
adakah ini semua terjadi disebabkan aku dah putus asa
ataupun aku dah tak berminat utk belajar.
jgn macam nie.........banyak duit dah keluarkan.
kesiankan family yg da bnyk membantu.
jgn persiakan mereka semua.
walauapa pun usaha itu kena teruskan sampa dpt kejayaan.
yg penting tidak ada gagal mieja.
tapi....cuba bangun utk tingkatkan prestasi.
jgn malas.........kita perlukan usaha yg lebih utk mendapatkan kejayaan.

Thursday 10 May 2012

hari-hari yang akan datang

hidup aku makin hari makin mencabar.
untuk melaluinya sgt sukar bagiku.
adakala aku makin putus asa...
adakala aku bersemangat sgt2 utk teruskan hidup.
ya allah mampukah aku bergerak sendiri.
kini ditempat mu sahaja dapat aku mengadu.
ya allah aku berharap aku dapat menjalani kehidupan ini dgn tenang.
banyak kali aku cuba kata pada diri sendiri supaya hadapi dengan tenang.
tapi aku masih tak boleh lagi nak hadapinya.
aku tak yakin pada diri aku.
prestasi aku akan bakal menurun.
ya allah....aku tak nak semua tuh.
buangkan segala sikap keburukan yang ada pada diriku ini.
tanpa dia aku harap aku dapat lalui kehidupan ini dgn tabah.

Wednesday 9 May 2012

berlaku sekali lagi

ya tuhan....masalah yg satu nie pown xpernah2nya nk berhenti.
masalah yg masih tidak ada keputusannya.
aku kew yg ptut berundur diri baru family dye akan gembira dgn
kmenangannyanya.
terima kasih kerana berjaya memisahkan kami.
hasil usaha encik dan puan amat saya kagumi.
yer saya tao saya nie lebih tua setahun dari ank encik dan adik puan.
mungkin encik dan puan tak nak saya dekat dengan dia.
tapi kenapa encik dan puan bru nk muncul dlm idup dye pas saya dan dia bertemu.
kenapa sebelum saya bersama dia..encik dan puan tak pedulikan dia lansung.
sekarang nie encik dan puan dah berjaya memisahkan kami kan.
hebat betul kan....terima kasih saya ucapkan.
mungkin jalan terakhir yg terbaik buat masa sekarang.
saya perlu pergi tinggalkan dia untuk kehendak keluarganya.
aku terpaksa untuk berkorban dgn perasaan aku sendiri utk keluarganya.
mungkin ini jalan yg terbaik.
aku penat asyik menangiskan perkara yang sama.
kalau ada jodoh...kita akan berjumpa lagi.

to my love...semoga kau bahagia dengan kehidupanmu yg baru.
aku berharap kau berjaya kejar cita-cita mu.
ingat cayang...jgn berputus asa oke.
lepas nie tak ada lagi tempat mengadu untuk sayang ceritakan.
sayang akan laluinya sendiri tanpa kata-kata semangat darimu.
maafkan segala salah silap sayang pada abg selama nie.

Wednesday 25 April 2012

kehidupan yang semakin buzy

aku tersangat lah penat walaupun dah tak berulang alik.
banyak sangat perkara yang kena settle kan.
projek? huh! sangat memeningkan kepala.
aku terlalu letih sangat. belum lagi masuk sem depan.hmm...
cakap pasal sem depan nie..aku dah jadi macam rasa putus asa balik.
disebabkan sem depan ada subjek BI yang perlu aku hadapi lagi.
ya allah aku takut ya allah.aku tak pandai.aku tak nak gagal.
family aku terlalu banyak bagi aku harapan.tapi aku takut tak dapat
bagi harapan dorang semua nie dengan kejayaan.
sem nie pun aku macam dah berputus asa balik.
kenapa aku macam nie ya allah.
dengan layan pelbagai karenah orang di kolej.buat aku rasa tension sangat-sangat.

fariq?
aku rasa macam nak berpisah dengan dia untuk kebaikan kedua-duanya sekali.
patut ke aku buat macam nie.
lepas aku final exam aku akan jumpa dengan dia bersama-sama kawan aku time bufday aku.
lepas tuh aku bercadang lepas raya aku akan datang jumpa dia pulak time bufday dia.
bila aku fikir-fikirkan balik, aku nak buat keputusan untuk tinggalkan dia.
aku ingin mencari ketenangan.lagipun ini satu kebaikan untuk dia dengan family dia.
dan aku pula ada banyak komitmen yang perlu aku fikirkan untuk diri aku.
lepas selesai dia pulang ke JB balik.aku akan tukar nombor baru untuk tidak berhubung
lagi dengan dia.
maafkan diriku ini.aku terpaksa buat semua nie untuk kebaikan kita sendiri.
kalu ada jodoh, hubungan kita tak akan ke mana.kita pasti akan bertemu lagi.
insyallah...yang penting aku tak akan berubah perasaan pada orang lain.
kalau kau jumpa insan yang lebih baik dari ini.aku pasrah dan redha untuk menerimanya
dengan hati terbuka.semoga kau bahagia dengan kehidupanmu selepas ini.

perasaan?
aku terlalu penat melayan perasaan orang lain.
perlu ke kita ketepikan perasaan kita sendiri untuk mementingkan perasaan orang lain.
kadang-kadang aku rasa sakit sangat hati nie.
ya allah, bila semua keadaan ini nak beubah.
aku inginkan ketenangan.baru aku dapat bernafas dengan tenang.
wahai...bakal pendidik aku faham untuk jadi pendidik perlu ada ciri-cirinya.
aku tak pernah terfikir untuk masuk kebidang ini.
tapi..entah lah.dulu masa kecik2 ada jugak minat dalam bidang nie.
tapi tak ada lah sampai obses untuk kejar cita-cita tuh.
sekarang nie aku perlu fikirkan untuk berjaya keluar dari kolej nie dengan satu sijil diploma.
barulah aku dapat fikirkan untuk teruskan kehidupan seterusnya selepas diploma.
insyallah...sama-sama lah untuk berusaha dengan lebih.usaha itu adalah tangga kejayaan!

Friday 20 April 2012

pelik kan...

aku pelik dengan manusia sekarang.
aku pun tak tahu lah nak cakap apa.
aku hanya diamkan diri sahaja dan tidak
berkata apa-apa. "no comment"
tapi kan kita tak boleh jugak salahkan sebelah pihak jer.
kedua-duanya ada salahnya jugak.
fikir-fikirkan lah sendiri.

sikap yang mementingkan diri sendiri pula.
entah lah, nak buat macam mana kan.
terima dengan seadanya.
aku berharap aku akan bersabar menghadapi
apa saja karenah manusia di muka bumi allah ini.

result sem 2

akhirnya....aku dapat juga result aku untuk sem 2.
apa-apa pun alhamdulillah.aku sangat-sangat bersyukur dengan
keputusan yang telah aku dapat ini.
dengan usaha aku...aku dapat menaikkan pointer aku.
lepas nie aku akan cuba dan cuba lagi untuk sentiasa menaikkan
pointer aku di setiap sem.
tapi rasa macam tak percaya pun ada dengan subjek yang paling aku risaukan
iaitu bahasa inggeris.huhu.
alhamdulillah aku telah dapat B- (2.67)
walaupun subjek ini yang paling rendah dari subjek lain.
tapi aku tetap bersyukur dengan kesungguhan aku.
ini adalah peningkatan yang sangat-sangat ketara.
sebabnya aku tak pernah dapat keputusan untuk subjek BI macam nie,
selalunya tak pernah nak lulus.terima kasih ya allah.

Wednesday 18 April 2012

kejadian hari nie

aduyai...ada 2 perkara yang berlaku
masa aku nak pergi kolej dan balik dari kolej.

masa nak pergi kolej.
dari PKNS aku naik teksi ke kolej.
driver teksi tuh peramah sangat.
aku dah lar tengah tak ada mood.
dah tuh dia tanya-tanya aku pasal BF!
hmm...entah apa-apa. geram pun ada.
dah aku cakap aku tak ada BF, dia masih nak ragu-ragu jugak.
tapi kan..dia macam tahu-tahu jer aku nie tengah gaduh dengan pariq.
pelik.huhu.apa-apa jer lah.

masa nak balik kolej pula.
aku dapat ronda-ronda KL naik bas rapid.hahaha.
sengal betul.huhu.memenatkan aku jer,
disebabkan button dalam bas tuh tak boleh nak tekan
aku diheret sampai ke KL.buat aku cuak jer.huhu
tapi sebaik lah aku dapat sampai ke rumah jugak akhirnya.huhu.

begitu lah ceritanya.
hari nie aku pergi persatuan kanak-kanak istimewa.
huh! macam tak best jer.
lagi best persatuan kanak-kanak sindrom down yang kat KL tuh.
tapi...apa yang aku dapat kat sek. 10 tuh aiman sangat comel.hehe.

aku kecewa dan sedih

hmm aku kecewa sangat-sangat dengan kau tahu tak.
nampak sangat lah kan kau tak kisah pun dengan aku.
aku makin tak faham dengan apa yang kau nak sebenarnya.
kau lansung tak pedulikan aku.
kau tengking aku, kau marah aku dan pertahankan kakak kau
yang dah selalu menyusahkan hidup kau.
aku tak boleh terima kakak kau sebab dia seorang perempuan
yang tak ada hati dan perasaan.
maafkan aku sebab cakap macam nie...
aku inginkan kebahagiaan, bukannya kebahagian aku di halang macam nie.
kalau kau tak bahagia dengan aku, kau lepaskan aku untuk selamanya
dan kau suruh lah kakak kau carikan pilihan yang dia berkenan sesuai untuk kau.
mungkin bagi dia aku tak sesuai untuk jadi adik ipar dia dan orang paling istimewa
dalam hiduop kau...
aku berterima kasih sangat-sangat.
aku tak tahu sampai bila kita boleh bertahan dengan hubungan nie.
aku kecewa sangat-sangat dengan kau!

Monday 16 April 2012

siapa aku pada dia?

kenapa dia buat aku macam nie kan?
aku tahu aku tak cantik...
aku nie gemuk...
aku tak comel...
aku nie bodoh...
aku nie tak sehebat orang lain...
mungkin kau dah jemu dengan aku...
sebab tuh lar kau terpikat dengan orang lain kan...
terima kasih sebab buat aku macam nie...
kalau macam nie lah...baik kita tak perlu teruskan lagi hubungan nie...
hati aku jugak yang akan merana nanti...
kau tak akan merana...tapi kau akan bahagia sentiasa...
mungkin aku nie ditakdirkan melihat orang yang kita sayang bahagia
bersama orang lain...

Sunday 15 April 2012

10 secret si dia tidak boleh tahu!

ada artikel untuk aku kongsikan disini.
artikel nie sangat menarik perhatian aku.
so..aku rasa nk kongsikan bersama disini.

1. Dia tidak disukai keluarga kamu.
    kamu hanya memarakkan api yg sedang menyala. sebaiknya kamu diamkan sahaja perkara itu daripada

sakit hati

kenapa kan?
adakala kau faham aku, adakala kau lansung tak faham aku.
aku pun jadi pelik. tapi hati aku yang sakit.
kalau kau yang buat boleh, bila aku buat..
mula lah nak marah-marah aku..
tapi kau marah aku tak logik..
sebab kau fikir aku nie ada orang lain.
aku penat lah tak habis-habis kau kata aku macam tuh.
tak cukup lagi ke selama nie aku dah terlalu setia pada kau.
kau nak aku buat apa lagi.
aku suruh kau duduk dekat dengan aku tak nak.
habis tuh sampai bila hubungan kita nak macam nie jer..
kalau kita tak berusaha tak ada maknanya dia nak datang sendiri.
kakak kau tuh ada suami sendiri, biar lah suami dia berkerja keras sendiri untuk keluarganya.
kau patut fikirkan umi kau jer sebabnya dia adalah tanggungjawab kau lepas bapak
kau ceraikan dia beberapa tahun yang lalu.
aku gembira bila kau cakap kau nak bukak bisnes tapi kau kena usaha dari bawah, baru lah kau
boleh dapat.
aku tengok hidup kau dah semakin susah sekarang kan.
dulu tak ada pun macam nie.
kau jadi macam nie sejak kau duduk serumah dengan kakak kau.
aku bukan tak suka kau duduk dengan kakak kau, tapi aku fikirkan kehidupan kau..
kakak kau memang tak patut buat kau macam tuh.
aku masih ingat lagi, dia jugak yang suruh kita berjumpa.
tapi tiba-tiba ada suatu hari tuh dia call aku dia marah aku.
kalau dia tak bagi adiknya datang jumpa aku
kenapa bagi kebenaran adiknya jumpa aku...
apa motif dia buat macam nie. aku masih tak faham sampai sekarang.
sampai bila aku kena bersembunyi macam nie ya allah.
aku terlalu penat.

Saturday 14 April 2012

keputusan terbaik!

keputusan aku muktamad! titik!
biarlah...aku dah tak larat dah..
dah orang pentingkan diri sendiri kan..
nak buat macam mana lagi..
terima sahaja dengan hati yang terbuka...
kau mesti boleh lakukannya sendiri.
yakin pada diri sendiri...
belajar lah berdikari hidup sendiri..
tanpa orang yang kau sayangi kau pasti boleh..
jangan fikirkan sangat cakap orang...
anggap sahaja itu kekuatan kau untuk teruskan kehidupan...
kini aku akan mulakan hidup yang baru dan tidak 
terlalu bergantung pada orang lain..insyallah! 

Friday 13 April 2012

makin serabut

ahhhh.....
kepala aku makin serabut dengan tugasan yang menimbun..
cepat lah habis belajar..
aku takut aku putus asa...
wake up...
jangan pernah putus asa oke!
ingat keluarga!
itu paling penting!
mereka ingin kau berjaya....
insyallah...

Tuesday 10 April 2012

apa perlu aku buat!

aku sedang menuntut ilmu di kolej PTPL shah alam 
dalam bidang diploma pendidikan awal kanak-kanak.
kini aku telah masuk semester ke-3 dan nak hampir ke penghujung semester ke-3.
lagi 3 minggu nak final exam dah. 
tapi aku tak yakin dengan diri aku untuk semester kali ini.
masa semester pertama usaha untuk aku belajar bersungguh-sungguh dalam tengah-tengah
dan hasil keputusan semester pertama hanya cukup-cukup makan saja lar.
semester kedua yang lepas aku banyak usaha dan cuba untuk tingkatkan prestasi pointer aku.
result sem 2 belum lagi keluar, memang aku rasa cuak sangat-sangat.dah macam-macam aku 
mimpikan pasal result aku.yang aku risaukan sangat-sangat subjek BI aku.hmm...aku tawakal saja lah.
bila masuk sem 3 nie aku rasa macam merudum sangat-sangat. semangat aku yang dulu dah makin hilang.
aku rasa macam putus asa dengan kehidupan aku sekarang.entah lah...aku pening sangat-sangat.
aku paling pening dengan pelbagai karenah manusia di sekeliling aku.terima kasih semuanya!
boleh tak aku nak jauhkan diri aku pada semua orang. kalau aku banyak bercakap salah, banyak
diam pun salah jugak...apa boleh buat. sudah lumrah manusia di dunia ini kan.

Saturday 7 April 2012

tension datang melanda!

apa sudah jadi...aku makin serabut..
kenapa kan, dia macam tuh...
dia sangat baik..tapi...
adakala aku banyak makan hati dengan sikap dia..
tak apa lah semoga dia bahagia..
biarlah hati ini sering di lukai dan di sakiti..

Thursday 5 April 2012

sungguh seronok!

dua hari aku sangat seronok berada di persatuan kanak-kanak syndrom down.
rasa terhibur tengok gelagat dorang.
tapi rasa sebak pun ada bila tengok dorang jadi macam tuh.
itu semua anugerah allah.
aku pergi ke sana untuk buat research subjek pembangunan sosial kanak-kanak.
dan kini pula aku dan kumpulan aku disarankan untuk buat research tentang kanak-kanak yang
mengalami autisme.
tapi ini research untuk subjek pendidikan prasekolah dan kanak-kanak istimewa.
mungkin research utk subjek nie kami akan datang ke persatuan kanak-kanak syndrom down nie.
sebabnya ada seorang kanak-kanak yang mengalami autisme.tapi tak pasti lagi sama ada kami akan pergi
ke persatuan ini atau cari yang lain.insyallah...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.amin.

Monday 2 April 2012

rasa malas!

hari pertama dalam minggu yang baru
iaitu...hari isnin.
mengantuk nya aku....tolong!!!!
aku nak tidur..mengantuk!
apa boleh buat...kelas tetap kelas.
pagi ini kita mulakan dengan bismillah
untuk pergi kelas...
hari ni ada 3 kelas...
kelas en zaqir, ibu sri dan cik mira...
waaaaaa......penat!!!!

Sunday 1 April 2012

abah dan mak

aku rindu mak....
kenapa mak pergi terlalu cepat...
aku pasti kalau mak ada lagi..
mak mesti bahagia ada cucu 3 orang...
shazlin nafisa, izzul islam, shazlin safiya dan seorang lagi akan lahir tidak lama lagi...
aku sedih...bila aku rasa gembira dan sedih aku rasa nak cerita pada mak tapi mak tak ada...
mak....anak mak ini rindukan mak...

abah...aku kesiankan abah...
aku tahu abah sunyi dan turut rindukan mak...
aku memang rasa janggal kalau abah nak cari pengganti mak...
tapi kalau boleh biarlah orang itu orang yang boleh jaga makan, minum, dan kesihatan abah...
aku dah lama tak pergi kubur mak...
tapi abah selalu pergi kubur mak seorang diri...
aku tahu abah rindukan mak...
ya allah walaupun aku tahu abah tak banyak cakap..
tapi aku tahu apa yang abah rasa...
abah rindu mak...
anak mak ini pun rindukan mak...

sayangku!

sayangku...kenapa kau berubah?
adakah ini semua salah aku?
aku tahu aku sekarang suka marah-marah kau...
aku sekarang selalu tak ada masa nak layan kau...
tapi aku masih perlukan kau...
aku tak ada siapa-siapa untuk aku bercerita...
kawan-kawanku? aku tak nak menyusahkan dia orang lagi...
aku terlalu banyak masalah sekarang...
tapi sekarang aku hanya ada kau yang boleh faham aku...
tapi kenapa kau mula berubah...
maafkan aku sayangku...
aku bukan wanita yang sempurna...
aku terlalu menyayangi dan mencintai kau...
aku rindukan kau....
salam sayang dari kekasihmu...

Saturday 31 March 2012

result!

uihhh....bila result nak keluar yer.hmm...takutnya aku.dengar kata awal bulan april.esok dah masuk 1 april.maybe next week kot.hmm....waaa.....aku takut.ya allah berikanlah aku keputusan yang terbaik ya allah.aku taknak gagal.

koleksi novelku

masa lapang aku yang paling wajib adalah novel....hihi.aku nie sangat obses pada novel.haha.so...aku nak story-story koleksi novel yang aku ada setakat ini.haha.










































ini adalah antara koleksi novel aku. tapi masih ada lagi...cumanya, novel yang di bawah nie aku ada beli dan sudah habis baca pun tapi masalahnya hilang pulak.aku tak tahu siap yang pinjam.tak akan lah hilang dalam rumah.tak logik.mesti ada yang pinjam tapi tak pulangkan balik.sengal betul.geram betul aku.





















inilah novel-novel aku yang sudah hilang.tapi novel senyuman manismu nie aku tak tahu lak dia hilang ke tak sebabnya baru jer lagi hilangnya.setahu aku sepupu aku yang pinjam lepas tuh dia kata dah pulangkan.hmm...ape boleh buat.dah nasib.huhuhu.....

coretan hidupku

assalamualaikum dan salam sejahtera.
aku telah membuat blog yang baru disebabkan entah lar macam tak best blog aku yang sebelum ni.haha.
tapi disini aku ingin menjadikan taman untuk aku meluahkan apa saja iaitu yang aku telah namakan "taman hatiku"hihihi.
aku masih dalam proses untuk belajar guna blog macam mana.huhu.almaklum lah aku ni tao berfacebook jer.haha.
hidup aku kini semakin serabut sangat...pening aku memikirkan semua masalah aku.apa-apa pun aku harap aku akan cuba hadapi semua ni dengan tenang.