Wednesday, 9 May 2012

berlaku sekali lagi

ya tuhan....masalah yg satu nie pown xpernah2nya nk berhenti.
masalah yg masih tidak ada keputusannya.
aku kew yg ptut berundur diri baru family dye akan gembira dgn
kmenangannyanya.
terima kasih kerana berjaya memisahkan kami.
hasil usaha encik dan puan amat saya kagumi.
yer saya tao saya nie lebih tua setahun dari ank encik dan adik puan.
mungkin encik dan puan tak nak saya dekat dengan dia.
tapi kenapa encik dan puan bru nk muncul dlm idup dye pas saya dan dia bertemu.
kenapa sebelum saya bersama dia..encik dan puan tak pedulikan dia lansung.
sekarang nie encik dan puan dah berjaya memisahkan kami kan.
hebat betul kan....terima kasih saya ucapkan.
mungkin jalan terakhir yg terbaik buat masa sekarang.
saya perlu pergi tinggalkan dia untuk kehendak keluarganya.
aku terpaksa untuk berkorban dgn perasaan aku sendiri utk keluarganya.
mungkin ini jalan yg terbaik.
aku penat asyik menangiskan perkara yang sama.
kalau ada jodoh...kita akan berjumpa lagi.

to my love...semoga kau bahagia dengan kehidupanmu yg baru.
aku berharap kau berjaya kejar cita-cita mu.
ingat cayang...jgn berputus asa oke.
lepas nie tak ada lagi tempat mengadu untuk sayang ceritakan.
sayang akan laluinya sendiri tanpa kata-kata semangat darimu.
maafkan segala salah silap sayang pada abg selama nie.

Wednesday, 25 April 2012

kehidupan yang semakin buzy

aku tersangat lah penat walaupun dah tak berulang alik.
banyak sangat perkara yang kena settle kan.
projek? huh! sangat memeningkan kepala.
aku terlalu letih sangat. belum lagi masuk sem depan.hmm...
cakap pasal sem depan nie..aku dah jadi macam rasa putus asa balik.
disebabkan sem depan ada subjek BI yang perlu aku hadapi lagi.
ya allah aku takut ya allah.aku tak pandai.aku tak nak gagal.
family aku terlalu banyak bagi aku harapan.tapi aku takut tak dapat
bagi harapan dorang semua nie dengan kejayaan.
sem nie pun aku macam dah berputus asa balik.
kenapa aku macam nie ya allah.
dengan layan pelbagai karenah orang di kolej.buat aku rasa tension sangat-sangat.

fariq?
aku rasa macam nak berpisah dengan dia untuk kebaikan kedua-duanya sekali.
patut ke aku buat macam nie.
lepas aku final exam aku akan jumpa dengan dia bersama-sama kawan aku time bufday aku.
lepas tuh aku bercadang lepas raya aku akan datang jumpa dia pulak time bufday dia.
bila aku fikir-fikirkan balik, aku nak buat keputusan untuk tinggalkan dia.
aku ingin mencari ketenangan.lagipun ini satu kebaikan untuk dia dengan family dia.
dan aku pula ada banyak komitmen yang perlu aku fikirkan untuk diri aku.
lepas selesai dia pulang ke JB balik.aku akan tukar nombor baru untuk tidak berhubung
lagi dengan dia.
maafkan diriku ini.aku terpaksa buat semua nie untuk kebaikan kita sendiri.
kalu ada jodoh, hubungan kita tak akan ke mana.kita pasti akan bertemu lagi.
insyallah...yang penting aku tak akan berubah perasaan pada orang lain.
kalau kau jumpa insan yang lebih baik dari ini.aku pasrah dan redha untuk menerimanya
dengan hati terbuka.semoga kau bahagia dengan kehidupanmu selepas ini.

perasaan?
aku terlalu penat melayan perasaan orang lain.
perlu ke kita ketepikan perasaan kita sendiri untuk mementingkan perasaan orang lain.
kadang-kadang aku rasa sakit sangat hati nie.
ya allah, bila semua keadaan ini nak beubah.
aku inginkan ketenangan.baru aku dapat bernafas dengan tenang.
wahai...bakal pendidik aku faham untuk jadi pendidik perlu ada ciri-cirinya.
aku tak pernah terfikir untuk masuk kebidang ini.
tapi..entah lah.dulu masa kecik2 ada jugak minat dalam bidang nie.
tapi tak ada lah sampai obses untuk kejar cita-cita tuh.
sekarang nie aku perlu fikirkan untuk berjaya keluar dari kolej nie dengan satu sijil diploma.
barulah aku dapat fikirkan untuk teruskan kehidupan seterusnya selepas diploma.
insyallah...sama-sama lah untuk berusaha dengan lebih.usaha itu adalah tangga kejayaan!

Friday, 20 April 2012

pelik kan...

aku pelik dengan manusia sekarang.
aku pun tak tahu lah nak cakap apa.
aku hanya diamkan diri sahaja dan tidak
berkata apa-apa. "no comment"
tapi kan kita tak boleh jugak salahkan sebelah pihak jer.
kedua-duanya ada salahnya jugak.
fikir-fikirkan lah sendiri.

sikap yang mementingkan diri sendiri pula.
entah lah, nak buat macam mana kan.
terima dengan seadanya.
aku berharap aku akan bersabar menghadapi
apa saja karenah manusia di muka bumi allah ini.

result sem 2

akhirnya....aku dapat juga result aku untuk sem 2.
apa-apa pun alhamdulillah.aku sangat-sangat bersyukur dengan
keputusan yang telah aku dapat ini.
dengan usaha aku...aku dapat menaikkan pointer aku.
lepas nie aku akan cuba dan cuba lagi untuk sentiasa menaikkan
pointer aku di setiap sem.
tapi rasa macam tak percaya pun ada dengan subjek yang paling aku risaukan
iaitu bahasa inggeris.huhu.
alhamdulillah aku telah dapat B- (2.67)
walaupun subjek ini yang paling rendah dari subjek lain.
tapi aku tetap bersyukur dengan kesungguhan aku.
ini adalah peningkatan yang sangat-sangat ketara.
sebabnya aku tak pernah dapat keputusan untuk subjek BI macam nie,
selalunya tak pernah nak lulus.terima kasih ya allah.

Wednesday, 18 April 2012

kejadian hari nie

aduyai...ada 2 perkara yang berlaku
masa aku nak pergi kolej dan balik dari kolej.

masa nak pergi kolej.
dari PKNS aku naik teksi ke kolej.
driver teksi tuh peramah sangat.
aku dah lar tengah tak ada mood.
dah tuh dia tanya-tanya aku pasal BF!
hmm...entah apa-apa. geram pun ada.
dah aku cakap aku tak ada BF, dia masih nak ragu-ragu jugak.
tapi kan..dia macam tahu-tahu jer aku nie tengah gaduh dengan pariq.
pelik.huhu.apa-apa jer lah.

masa nak balik kolej pula.
aku dapat ronda-ronda KL naik bas rapid.hahaha.
sengal betul.huhu.memenatkan aku jer,
disebabkan button dalam bas tuh tak boleh nak tekan
aku diheret sampai ke KL.buat aku cuak jer.huhu
tapi sebaik lah aku dapat sampai ke rumah jugak akhirnya.huhu.

begitu lah ceritanya.
hari nie aku pergi persatuan kanak-kanak istimewa.
huh! macam tak best jer.
lagi best persatuan kanak-kanak sindrom down yang kat KL tuh.
tapi...apa yang aku dapat kat sek. 10 tuh aiman sangat comel.hehe.

aku kecewa dan sedih

hmm aku kecewa sangat-sangat dengan kau tahu tak.
nampak sangat lah kan kau tak kisah pun dengan aku.
aku makin tak faham dengan apa yang kau nak sebenarnya.
kau lansung tak pedulikan aku.
kau tengking aku, kau marah aku dan pertahankan kakak kau
yang dah selalu menyusahkan hidup kau.
aku tak boleh terima kakak kau sebab dia seorang perempuan
yang tak ada hati dan perasaan.
maafkan aku sebab cakap macam nie...
aku inginkan kebahagiaan, bukannya kebahagian aku di halang macam nie.
kalau kau tak bahagia dengan aku, kau lepaskan aku untuk selamanya
dan kau suruh lah kakak kau carikan pilihan yang dia berkenan sesuai untuk kau.
mungkin bagi dia aku tak sesuai untuk jadi adik ipar dia dan orang paling istimewa
dalam hiduop kau...
aku berterima kasih sangat-sangat.
aku tak tahu sampai bila kita boleh bertahan dengan hubungan nie.
aku kecewa sangat-sangat dengan kau!

Monday, 16 April 2012

siapa aku pada dia?

kenapa dia buat aku macam nie kan?
aku tahu aku tak cantik...
aku nie gemuk...
aku tak comel...
aku nie bodoh...
aku nie tak sehebat orang lain...
mungkin kau dah jemu dengan aku...
sebab tuh lar kau terpikat dengan orang lain kan...
terima kasih sebab buat aku macam nie...
kalau macam nie lah...baik kita tak perlu teruskan lagi hubungan nie...
hati aku jugak yang akan merana nanti...
kau tak akan merana...tapi kau akan bahagia sentiasa...
mungkin aku nie ditakdirkan melihat orang yang kita sayang bahagia
bersama orang lain...